• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Diroboh Atas Tanah Persendirian Di Johor

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA hari Khamis, 11 Januari 2018 yang lalu, telah dilaporkan bahawa sebuah kuil milik Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar yang terletak di atas sebuah tanah milik persendirian telah dirobohkan.

Kerajaan Negeri menerima berita insiden ini dengan rasa kesal dan bersimpati dengan apa yang berlaku.

Segala fakta kes dan maklumat berkenaan isu ini sedang diperhalusi dan semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan kenyataan atau maklumat yang tidak tepat. Ia bukan sahaja akan menimbulkan kekeliruan malah boleh memburukkan lagi keadaan.

Berdasarkan rekod Kerajaan Negeri, kuil yang dirobohkan tersebut didirikan di atas tapak Milik Persendirian di Lot 4907, Mukim Plentong, berdekatan Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, Masai. Pemilikan tanah tersebut didaftarkan pada tahun 1995.

Walaupun kuil ini didaftarkan pada tahun 2007, namun ianya dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pemilik sah tanah tersebut dan ia dilihat sebagai satu kes pencerobohan.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan kuil pernah mendapatkan pandangan dan mengadakan rundingan dengan wakil-wakil rakyat ketika itu iaitu Datuk Tan Cher Puk, bekas ADUN Johor Jaya dan Datuk M. M. Samy, bekas ADUN Permas serta Pihak Berkuasa Negeri berkaitan.

Cadangan penyelesaian segera yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri pada ketika itu adalah dengan menawarkan sebidang tanah baharu milik Kerajaan Negeri sebagai tapak gantian kepada tapak kuil dalam isu ini.

Namun, cadangan tersebut tidak dipersetujui dan ditolak oleh pihak pengurusan kuil yang berkeras untuk kekal berada di atas tapak milik persendirian tersebut, sekali gus menyebabkan isu ini terus berlarutan.

Oleh itu, sejak tahun 2015, pemilih sah tanah tersebut dilaporkan telah beberapa kali menghantar notis dan amaran kepada pihak pengurusan kuil berhubung perkara tersebut. Akan tetapi, difahamkan bahawa beliau tidak mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan kuil berkenaan.

Susulan daripada itu, pemilik tanah telah menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan beliau berkuasa sepenuhnya atas tanah milik beliau.

Kemuncak kepada keputusan oleh pihak kuil yang mahu kekal di atas tanah tersebut dan tidak bersetuju untuk berpindah, kuil tersebut akhirnya dirobohkan oleh pemilik tanah tersebut selepas beliau mendapatkan perintah mahkamah pada 31 Julai 2017.

Memandangkan ini merupakan satu isu serius, Kerajaan Negeri menggesa semua pihak untuk mempamerkan sikap toleransi yang tinggi, bersikap rasional, terbuka dan tidak terburu-buru dalam membuat penilaian terhadap isu ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri akan memperhalusi perkara ini dengan lebih lanjut bagi mencari jalan penyelesaian yang munasabah, terbaik dan adil kepada kesemua pihak. Kerajaan Negeri akan berusaha mencari jalan penyelesaian dan semua pihak diseru untuk memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyelesaikannya. – MYNEWSHUB.CC

KENYATAAN MEDIA
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR
(BERKAITAN KUIL YANG DIROBOHKAN DI ATAS TANAH MILIK PERSENDIRIAN BERHAMPIRAN BANDAR SERI ALAM DI MASAI, JOHOR)

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Tampar Polis: Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

Next Post

Ringgit Cecah Paras 3.96 Berbanding Dolar US

Related Posts

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

29/11/2023
0

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah...

Next Post

Ringgit Cecah Paras 3.96 Berbanding Dolar US

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd