Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Just how to Create...

Strategies for composing essays in english benefit of the hottest technology savvy strategies...

UPSR: Dua Lagi Individu...

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lagi individu malam ini berhubung kes kebocoran...

TEMBAK: Dua Penjenayah Mati,...

TIGA anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di...

10 Perkara Yang Jadi...

BERIKUT adalah senarai 10 perkara yang harus dimiliki rakyat di negara ini dan...

Kes Tampar Polis: Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

SUSULAN berita penangkapan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil yang dipercayai menampar anggota polis pada Khamis, aktor itu telah direman selama 4 hari bagi membantu siasatan.

Menurut Harian Metro, perintah tahanan reman itu yang berkuat kuasa hari ini dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum dibawa ke kamar Mahkamah Majistret dengan tangan bergari dan dipegang erat anggota polis kira-kira pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

Baca:  Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Juga: Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

Lagi: “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

Serta: Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.20 petang pada Khamis, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Ketika sedang berurusan, pelakon terlibat secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam. – MYNEWSHUB.CC/AM


Kategori