Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Penduduk Keringkan Bekas Lombong...

KUANTAN - Bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini yang...

‘Raja Taikun’ Israel Kini...

BAITULMAQDIS - Beliau pernah digelar oleh media Israel sebagai 'raja taikun', lapor agensi...

Pasangan Kekasih Warga Nigeria...

MELAKA: Sepasang kekasih warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Oklahoma State University Berminat...

PUTRAJAYA - Oklahoma State University (OSU) menyatakan minat untuk menghantar pelajarnya ke Malaysia...

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah universiti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadanganitu perlu diteliti memandangkan ia terikat kepada akta-akta tertentu.

Beliau berkata, ketika ini, beberapa Politeknik terutama PUO menawarkan program-program pengajian peringkat ijazah iaitu setara Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6.

“Pada akhirnya nanti, PUO hanya akan menjadi satu-satunya politeknik yang menawarkan program pengajian lebih tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik (PIAC) 2023 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada KPT akan terus mengekalkan nama PUO jika ia dinaik taraf kelak, Mohamed Khaled berkata, nama itu akan dipertimbangkan.


“Saya nak cari apa yang sesuai dan yang terbaik. Sebab tak nak orang ramai keliru kerana kita ada akta-akta (yang perlu dipatuhi),” katanya.

PUO adalah antara tiga Politeknik Premier di negara ini termasuk Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Selain itu, PUO juga adalah politeknik pertama di negara ini dan ia ditubuhkan pada 1969 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dibantu oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Politeknik itu dinamakan sempena Profesor Allahyarham Dato‘ Ungku Omar Ahmad, sebagai penghargaan atas sumbangannya yang berharga kepada negara, terutama dalam bidang penyelidikan perubatan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori