Thursday, November 7, 2024

Creating liberating content

Jingga 13 Desak Polis...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Jingga 13 membantah tindakan pihak polis menahan ketuanya,...

Sathit Bensoh Ketua Jurulatih...

KOTA BHARU - Pemangku ketua jurulatih, Sathit Bensoh dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan...

PRK Port Dickson, Ujian...

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun, yang memulakan...

Pasukan SWAT SFC Tumpaskan...

KUCHING - Seekor buaya dewasa berukuran 14 kaki panjang ditumpaskan di perairan Teluk...

Kos Haji Jemaah Indonesia Naik Mulai Tahun Ini

JAKARTA – Kos mengerjakan haji bakal jemaah Indonesia meningkat kepada 35.8 juta rupiah tahun ini (kira-kira RM10,500), kata Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin.

Beliau dipetik media tempatan memaklumkan bahawa mulai tahun 2017 lalu, kos mengerjakan haji ialah sebanyak 34,890,312 rupiah (RM10,257) tetapi tahun ini kos tersebut adalah sebanyak 35,790,982 rupiah (RM10,521).

“Justeru berlaku peningkatan sebanyak 900,670 rupiah (RM265) untuk kos biaya haji bagi musim tahun 2018,” kata Lukman tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut rasional di sebalik pertambahan kos tersebut.

Namun, ia memang dijangka ekoran langkah pihak berkuasa Arab Saudi mula melaksanakan cukai kepenggunaan sebanyak lima peratus awal tahun ini sekali gus menyaksikan pertambahan kos untuk operasi urusan ibadah haji.

Ia susulan ketidaktentuan harga minyak yang menjadi sumber ekonomi utama Arab Saudi. Beberapa negara sudah mengumumkan peningkatan kos itu, malahan kerajaan India dilaporkan memansuhkan subsidi ibadah tersebut.

Lukman dalam pada itu melaporkan kuota haji untuk jemaah Indonesia mulai tahun 2018 ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi naik kepada 221,000 jemaah, meningkat sebanyak 10,000 orang berbanding rekod pada tahun 2017


Ironinya di Malaysia, kos haji RM9,980 bagi musim haji 2018 masih lagi dikekalkan Lembaga Tabung Haji (TH) meskipun kos sebenar meningkat 15 peratus kepada RM22,450 berbanding RM19,550 pada musim haji yang lepas.

Pihak TH bahkan dilaporkan tetap berusaha menanggung subsidi lebih 30,000 bakal jemaah untuk ibadah fardu Rukun Islam kelima itu hampir RM400 juta bagi operasi musim haji pada kali ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori