• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impak Pemisah Laluan Basikal Diketahui Sebulan

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan melaksanakan kajian impak selama sebulan berkenaan pemisah laluan basikal di pusat bandar berikutan dakwaan alat tersebut mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pemangku Ketua Pengarah MIROS Dr Siti Zaharah Ishak berkata agensinya telah berjumpa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meneliti perkara itu.

“Daripada awal kita memang tidak terlibat langsung dengan pelaksanaannya kerana kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai pasukan yang memang pakar.

“Tapi kejadian ini melibatkan keselamatan jalan raya, jadi MIROS akan terlibat. Dalam kajian itu kita akan lihat lebih lanjut dalam aspek kejuruteraan jalan raya, cuaca dan juga bahan,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hentian Rehat dan Rawat (Hala Selatan) Sungai Besi hari ini.

Pada 22 Jan lepas, DBKL telah membuka semula pemisah laluan basikal di laluan basikal sepanjang 11.9 kilometer ​​​​​​di pusat bandar itu berikutan ia didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

​​​Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata pemasangan pemisah laluan basikal yang dibuat sebelum ini, adalah mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

​​​​Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal itu tular dalam media sosial dan ia menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd