• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan dua penerbangan ihsan bagi membawa dua pesakit Orang Asli yang tinggal di pedalaman jajahan ini ke Hospital Gua Musang (HGM), petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam, Pangkalan Udara Subang, Penolong Penguasa Mohd Farhan Marzuki berkata dua helikopter digunakan bagi tujuan menyelamatkan dua pesakit di Kampung Tandrik di Pos Bihai dan Kampung Sedal, Pos Simpor di sini.

Beliau berkata penerbangan pertama menggunakan helikopter jenis Agusta A109E dilakukan pada 3.15 petang bagi memindahkan Lenagi Asop, 25, yang hampir bersalin di Kampung Tandrik.

“Manakala penerbangan kedua menggunakan helikopter jenis Agusta A139 pula dilakukan pada 4 petang bagi menyelamatkan seorang bayi, Rohan Andok, berusia enam bulan yang demam panas di Kampung Sedal.

“Dua helikopter yang membawa kedua-dua pesakit itu kemudian mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang sebelum dikejarkan ke HGM untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat menggunakan helikopter itu merupakan penerbangan pertama JBPM pada tahun ini berikutan kedua-dua kampung yang terputus hubungan jalan darat.

Katanya sepanjang tahun lepas terdapat lebih 20 penerbangan ihsan dilakukan di kawasan pedalaman Gua Musang disebabkan masalah perhubungan jalan darat. – BERNAMA

Tags: JBPMOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd