• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Kempen Undi Rosak – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan oleh pihak tertentu dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.

Katanya tindakan pihak berkenaan yang mahu menjadi ‘third force’ atau kuasa ketiga pada pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya semata-mata untuk merosakkan pilihan raya itu.

“Kita harus melihat bahawa pada hari pengundian, sama ada (pemilih) undi kerajaan sedia ada atau tidak (itu) hak masing-masing tetapi demokrasi mesti dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada perasmian Fiesta Ponggal Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata daripada dirosakkan, ada baiknya undi itu diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan BN dapat terus menyambung khidmat bakti kepada semua kaum di negara ini.

Kempen #Undi Rosak, #SpoiltVote dan #ProtesPRU yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada PRU akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk menyeru masyarakat India di kawasan tersebut agar memberi sokongan penuh kepada BN supaya lebih banyak pembangunan terutamanya untuk mereka dapat dilaksanakan.

“Saya mendapatkan peruntukan untuk membina kuil Hindu di tanah kerajaan, saya fikir soal agama adalah hak individu, (namun tetap) kita akan bantu.

“Banyak lagi telah kita lakukan, semua sekolah Tamil kita bantu, tidak perlu surat permohonan, saya (tetap) hantar bantuan tolong sekolah-sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata tempat pembakaran mayat yang siap dibina di Hutan Melintang baru-baru ini adalah untuk kegunaan masyarakat India tanpa mengira parti politik.

“Parti-parti kerajaan atau pembangkang mari duduk bersama, ini (tempat pembakar mayat) hak kita bersama, mari kita urus bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: #undirosakDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd