• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalin Kerjasama Strategik Jayakan TMW 2018

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjalin kerjasama rapat dengan kementerian, jabatan, agensi berkaitan dan badan bukan kerajaan (NGO) sempena pelaksanaan Tahun Memperkasa Wanita (TMW) tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata selain kerjasama yang bertujuan memperkasakan wanita dalam institusi keluarga, masyarakat dan pembangunan negara itu, pelbagai program akan turut dilaksanakan mengikut kluster bagi menjayakan TMW 2018.

Kluster tersebut ialah Kluster Wanita dan Kesihatan (Gaya Hidup, Kecantikan dan Sukan); Kluster Wanita dan Keselamatan; Kluster Wanita dan Ekonomi; Kluster Wanita dan Pendidikan (Latihan dan Pembangunan Kapasiti) serta Kluster Wanita dan Budaya (Kesenian dan Media).

“Pelbagai sesi penglibatan bersama rakan strategik dan personaliti akan diadakan secara berterusan bagi mendapatkan sokongan semua sektor dalam memperkasa wanita di dalam negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan Tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita bagi menghargai sumbangan kumpulan itu yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara.

Rohani berkata dianggarkan 345 cadangan program telah dikumpul dan direkodkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam usaha memperkasa wanita di peringkat global.

Beliau juga berharap laman Facebook Tahun Memperkasa Wanita 2018 akan menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas, pandangan atau cadangan bagi menjayakan program agar memberi impak kepada pelaksanaan Tahun Memperkasa Wanita 2018. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd