• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Larang Jumpa Anwar: Zahid Nafi Beri Arahan

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri tidak beri arahan untuk halang Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini berikutan lawatan sebegini memerlukan permohonan dan kelulusannya terletak pada budi bicara pihak Jabatan Penjara Malaysia.

“Saya tidak menyentuh perkara-perkara operational. Maknanya, bukan kerana (arahan) menteri. Kuasa itu ada pada dia (Pengarah Penjara Sungai Buloh),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Anwar, 71, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 atas sabitan meliwat.

Baca: Mahathir Gagal Jumpa Anwar Sebab Tiada Izin Penjara

Semalam, Mahathir dilaporkan mendakwa beliau tidak dibenarkan melawat Anwar yang sedang menjalani rawatan di hospital tersebut selepas pembedahan pada November lalu konon berikutan arahan menteri dalam negeri.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dalam pada itu menjelaskan bahawa Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Mahathir, 92, untuk melawat Anwar.

Beliau berkata lawatan khas antara banduan dan pihak tertentu adalah dipertimbang berdasarkan Akta Penjara 1995, Peraturan-peraturan Penjara 2000 dan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara.

“Setiap permohonan bagi tujuan perjumpaan ini akan dipertimbangkan antaranya sebagai mendesak dan mustahak. Pertimbangan akan dibuat oleh pegawai yang menjaga (pengarah) sesebuah penjara.

“Dari segi bidang kuasa, kita akan lihat kebimbangan pihak penjara sekiranya lawatan itu akan mencetuskan kontroversi, ancaman keselamatan dan viral yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata persetujuan juga perlu diperoleh daripada banduan sama ada mereka menerima lawatan itu atau sebaliknya.

Zulkifli berkata keutamaan lawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras itu diberikan kepada keluarga Anwar. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJabatan Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Jabatan Penjara Nafi Dakwaan ‘Abang Mat’ Keadaan Anwar Di Penjara

Jabatan Penjara Nafi Dakwaan ‘Abang Mat’ Keadaan Anwar Di Penjara

05/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan dakwaan bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai 'Abang Mat' mengenai keadaan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd