• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Penjara Belum Terima Pemakluman Rasmi Laksana Tahanan Rumah Najib

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jabatan Penjara Belum Terima Pemakluman Rasmi Laksana Tahanan Rumah Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum menentukan tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan.

Jabatan itu dalam kenyataan media hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum laporan mengenai keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64 berkaitan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan pengumuman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Keputusan tersebut membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Bagaimanapun, Jabatan Penjara menjelaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihaknya masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis sebelum sebarang tindakan lanjut dapat ditentukan.

Perkara itu selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September bahawa KDN dan Jabatan Penjara belum menerima surat rasmi mengenai keputusan tersebut.

“Untuk makluman, sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi yang sewajarnya sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara turut menegaskan pihaknya bersedia melaksanakan sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan mengikut peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

Menurut jabatan itu, sebarang keputusan dan arahan yang diterima akan dilaksanakan secara teratur, profesional dan berintegriti serta selaras dengan ketetapan pihak berkuasa berkenaan.

Pada masa sama, Jabatan Penjara menyeru semua pihak supaya merujuk kepada sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan pengampunan bersyarat tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: Belum TerimaJabatan PenjaranajibPemakluman Rasmitahanan rumah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli politik, Nazrul Nazir mempersoalkan sama ada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu tidak...

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

Zaid Sindir Anthony Loke Gesa Pengundi Melaka Luah Rasa Tidak Puas Hati Najib Jalani Tahan Rumah

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membenarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd