• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Gesa Wujud Strategi Konfrontasi Komprehensif

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Ketua Pergerakan Islam Hamas, Ismail Haneya pada Selasa menggesa pihak-pihak yang berkaitan mewujudkan satu “strategi konfrontasi komprehensif” bagi menggagalkan beberapa langkah Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Baitulmaqdis baru-baru ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Berdasarkan Intifada Palestin terhadap Israel yang sedang berlangsung, strategi itu perlu menyediakan satu program Palestin, Arab dan Islam bersama untuk berdepan dengan keputusan berhubung isu Baitulmaqdis, kata Haneya dalam satu kenyataan yang die-mel kepada media.

Beliau turut menggesa negara lain yang menyokong Palestin dan menentang polisi AS di rantau ini agar turut serta dalam strategi bersama itu.

“Strategi ini memerlukan kita untuk bergerak di dua landasan. Pertama, untuk mengisytiharkan kematian proses damai dan kedua, bagi menghentikan sebarang jenis normalisasi dengan pihak musuh iaitu Zionis,” kata pemimpin Hamas itu.

Beliau berkata Presiden AS Donald Trump dan Parti Likud yang memerintah Israel tidak akan “berjaya menukar identiti atau ciri-ciri Baitulmaqdis, yang senantiasa menjadi wajah serta identiti Palestin, Arab dan Islam.”

Dalam satu undian pada Isnin dan Selasa, Parlimen Israel meluluskan satu pindaan yang bakal menyukarkan lagi kerajaan rejim itu untuk menyerahkan Baitulmaqdis dalam mana-mana perjanjian damai pada masa depan dengan rakyat Palestin.

Perundangan baharu itu mungkin meningkatkan ketegangan yang dicetuskan susulan pengisytiharan Trump bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Israel pada 6 Dis.

Kenyataan Trump itu telah mencetuskan protes besar-besaran di kawasanTebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki rejim itu.

Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin terbunuh semasa bertempur dengan pasukan keselamatan Israel, menurut media Palestin. – BERNAMA

Tags: Isu Baitulmaqdis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

23/03/2020
0

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid...

Mustahil Palestin Tanpa Baitulmaqdis – Abbas

29/01/2020
0

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis dan memberi amaran rakyatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd