• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustahil Palestin Tanpa Baitulmaqdis – Abbas

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis dan memberi amaran rakyatnya akan berjuang habis-habisan menentang pelan damai Amerika Syarikat.

“Sebuah negara Palestin tidak dapat diterima tanpa Baitulmaqdis.

“Baitulmaqdis bukan untuk dijual,” tegas beliau pada mesyuarat dengan kepimpinan Palestin di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau turut mengulangi komitmennya untuk mengadakan pilihan raya Palestin di bandar Baitulmaqdis.

“Selepas kami mendengar berita merepek daripada Trump, kami sama sekali tidak akan menerima perjanjian abad ini.

“Kami tidak akan melutut dan mengaku kalah. Konspirasi dan pelan damai itu ditakdirkan untuk gagal dan lenyap. Ia tidak akan mewujudkan hak baharu dan tidak perlu dipatuhi,” katanya.

Abbas menyifatkan perjanjian Amerika ini sebagai ‘penamat terhadap Deklarasi Balfour, dan bergantung kepada deklarasi’ membayangkan ia adalah perluasan terhadap Deklarasi Balfour sewaktu Kerajaan Britain berikrar menerusi ucapan Menteri Luar, Arthur James Balfour pada 1917 bagi menubuhkan kerajaan kebangsaan Yahudi di Palestin.

Abbas juga menegaskan pihaknya berpegang teguh kepada legitimasi antarabangsa dan pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan isu Palestin.

Pemimpin itu juga mengulangi pendiriannya menolak tindakan sepihak Amerika Syarikat menaja proses damai Palestin-Israel.

“Kami bukan pengganas dan kami juga komited untuk memerangi keganasan,” katanya.

Mesyuarat itu menyaksikan penyertaan semua pihak di Palestin termasuk Hamas dan Jihad Islam.

“Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh, menghubungi saya dan kami berdua bersetuju untuk membuka lembaran baharu dan mengadakan pertemuan di Semenanjung Gaza,” kata Abbas tanpa mengulas lanjut.

Semalam, Trump mengumumkan pelan damainya yang tertangguh sejak sekian lama, yang kononnya untuk menamatkan pertikaian Israel-Palestin.

Sidang akhbar mengenai pengumuman itu berlangsung di Rumah Putih, turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, namun kelibat pegawai Palestin tidak kelihatan kerana dikatakan tidak diundang untuk menghadirinya.

Pada sidang akhbar itu, Trump merujuk Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang tidak dibahagikan.

Pelan damai sepihak itu membatalkan resolusi PBB sebelum ini, mengenai isu Palestin dan mencadangkan untuk menunaikan hampir semua permintaan Israel.

Pengumuman pelan itu menyaksikan ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan di beberapa kawasan di Palestin dan Amman, Jordan.

Tanda pagar “#FreePalestine” juga menjadi trend di Twitter.

Tags: Amerika SyarikatIsraelIsu BaitulmaqdisPalestinYahudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan Dasar Kerajaan Halang Pelancong Kunjungi Masjid

Next Post

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin ADUN Gadek

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

Next Post

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin ADUN Gadek

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd