Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

1MDB: Sikap Buruk Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Tidak sudah-sudah mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan...

MB S’ngor Jamin, Langkah...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedang mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan...

Pasaran Modal Malaysia Lebih...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan,...

5 Lagi Pangkalan Hadapan...

SIK - Lima lagi Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) Tentera Darat akan diwujudkan di...

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

BAITULMAQDIS – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dilarang berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan, kementerian yang juga penjaga bagi tanah suci ketiga umat Islam itu memberitahu tiada satu tempoh yang tidak ditetapkan bertujuan membendung penyebaran wabak Covid-19.

Perkara turut disahkan Pengarah Masjid Palestin, Sheikh Omar Kisawni.

Berikutan arahan itu, semua pintu masjid dan Masjid Kubah atau ‘Dome of the Rock’ yang terletak bersebelahan juga ditutup.

Bagaimanapun, pekerja masjid dan pengawal masih dibenarkan untuk memasuki masjid berkenaan manakala laungan azan tetap dibenarkan seperti biasa.


Menurut kenyataan itu lagi larangan solat turut berkuat kuasa di kawasan terbuka sekitar masjid berkenaan.

Bagaimanapun, jemaah masih boleh berkumpul di kawasan terbuka di kawasan bukit berhampiran.

Kebiasaannya, Masjid Al-Aqsa bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam untuk bersolat tetapi turut menerima kunjungan pelancong. – Agensi

Kategori