• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ikan Bilis Harga RM2.24, Tiba-Tiba Jadi RM348”

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI pengguna, anda perlulah sentiasa memeriksa resit bayaran yang diberi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalamannya yang hampir mengalami kerugian beratus ringgit ketika membeli barangan dapur di sebuah pasar raya di Tanjung Malim Perak.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Nik Yam Chick Zainab mendakwa dia dikenakan bayaran dengan harga tidak masuk akal iaitu RM348 untuk sebungkus kecil ikan bilis.

Nik pada mulanya menjangkakan dia hanya akan berbelanja kira-kira RM200 untuk jumlah pembelian barangan dapur tersebut.

Namun terkejut apabila mendapati jumlah keseluruhan barangannya itu berjumlah RM586.75 ketika hendak melakukan bayaran di kaunter.

“Bila sampai di kaunter, juruwang kata total harga semua barang yang diambil adalah sebanyak RM586.75. Muka dengan penuh redha, hulur RM600 dengan berbaki RM13.25,” katanya.

Pelik dengan harga melampau tersebut, wanita itu kemudian melakukan semakan setiap barangan dan mendapati ikan bilis yang dibelinya dilabelkan dengan nama Silverside CTN dengan tanda harga RM348.

“Bila semak senarai barangan yang dibeli dalam resit, baru perasan ikan bilis yang saya tandakan tak ada.

“Yang ada, ‘Silverside CTN’ yang saya sendiri pun tidak tahu apa maknanya itu,” katanya.

Nik kemudian kembali semula ke pasar raya tersebut dan menjelaskan mengenai kesilapan pencetakan harga pada bungkusan ikan bilisnya kepada juruwang.

Pasar raya terbabit dikatakan telah memulangkan semula bayaran yang dikenakan dan mujurlah tabiatnya yang gemar memeriksa resit bayaran telah menyelamatkan dirinya.

Nik dalam masa yang sama turut berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati sewaktu membeli barangan dan pastikan harga yang dibeli adalah betul.

“Sekadar pesanan untuk kita semua. Rajin-rajinkanlah periksa semula resit bayaran yang kita dapat itu.

“Periksa jumlah keseluruhan harga barang yang dibeli itu betul atau tidak, sama atau tidak dengan harga barang yang kita beli,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mahalpasar raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4x4) apabila ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd