• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4×4) apabila ramai dilaporkan mula mengambil keputusan untuk menjual kenderaan masing-masing.

Perkara itu didedahkan oleh jurujual berpengalaman yang mahu dikenali sebagai, Has, 46, yang menyatakan situasi semasa pasaran menunjukkan trend penurunan minat terhadap kenderaan jenis tersebut.

Menurut beliau, bukan sahaja pemilik sedia ada mahu melepaskan kenderaan, malah unit baharu juga semakin sukar dijual berikutan kos bahan api yang tinggi.

“Betul… bukan setakat owner jual…
yang baru pun susah laku. Masa awal naik (harga diesel) dulu pun ‘sales’ dah menurun, sekarang lagi lah,” katanya kepada Mynewshub.

Tambahnya lagi, faktor utama adalah kenaikan harga diesel yang membebankan pengguna sehingga ada yang memilih untuk tidak menggunakan kenderaan mereka.

“Minyak lah… diesel mahal. Ada yang terus simpan dalam garaj saja, tak berani bawa,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi bahawa perbezaan kos pengisian minyak kini sangat ketara berbanding sebelum ini.

“Dulu full tank seratus ringgit lebih saja… sekarang dah RM400 lebih,” katanya lagi.

Seorang lagi jurujual kenderaan, Epul, berkata, kenaikan mendadak harga diesel memberi kesan langsung kepada kos penggunaan harian pemilik kenderaan.

Menurutnya, harga sebelum ini dalam lingkungan mampu milik sekitar RM2.80 hingga RM2.90 seliter, namun keadaan kini jauh berbeza apabila harga mencecah lebih RM5.50 sen seliter.

Katanya, situasi tersebut menyebabkan kos pengisian penuh tangki meningkat secara ketara.

“Betul, betul. Dulu minyak baru RM2 lebih, RM2.8, RM2.9, tahan lagi. Sekarang dah sampai RM5.50,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: harga dieseljualkenaikanKenderaan pacuan empat rodamahalPemandu 4X4pemilik
Share216Tweet135SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd