• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hairi Miliki Potensi Sebagai Penjaga Gol Kebangsaan

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin percaya penjaga golnya, Mohammad Hairi Abd Rahman akan ‘diangkat’ selaku penjaga gol utama skuad hoki kebangsaan menggantikan S. Kumar, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018.

Nor Saiful berkata bekas penjaga gol pasukan ‘adik’ TNB iaitu TNB Thunderbolts itu memiliki potensi besar untuk mengambil alih tugas tersebut selepas menunjukkan prestasi terpuji dalam dua aksi pertama TNB pada saingan Divisyen Premier LHM 2018.

Beliau berkata apa diperlukan Mohammad Hairi ketika ini adalah masa serta peluang bermain untuk mendapatkan lebih pendedahan beraksi yang akan membantunya membina keyakinan diri.

“Dia (Mohammad Hairi) hanya perlu diberikan masa dan peluang bermain untuk mendapatkan keyakinan diri. Kini dia merupakan penjaga gol utama TNB dan ia satu peluang terbaik untuk dia membuktikan kemampuannya ketika berdepan dengan ramai pemain berstatus dunia dalam LHM.

“Saya rasa kalau dia terus mengekalkan prestasi cemerlang, dia mungkin akan mendapat tempat dalam barisan pemain utama skuad kebangsaan satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tamat perlawanan Divisyen Premier LHM 2018 antara TNB dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pada aksi tersebut, Mohammad Hairi mempamerkan aksi memukau selepas berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya KLHC untuk membantu TNB mencatat kemenangan 4-2 ke atas juara Piala Sumbangsih LHM 2018 itu, sekali gus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu liga dengan enam mata.

Sebagai rekod, S. Kumar yang sudah beraksi hampir 19 tahun bersama skuad kebangsaan digantung sementara daripada sebarang aktiviti hoki selama dua tahun selepas disahkan positif ujian doping pada Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.

Justeru, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa yang bakal mengisi tempat ditinggalkan S. Kumar itu dengan penjaga gol berpengalaman, Roslan Jamaluddin disebut-sebut sebagai calon tepat untuk menggalas tanggungjawab tersebut. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd