Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Rusia, Ukraine Setuju Laksana...

KIEV – Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama...

Majlis Presiden PN Puas...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai...

Pemandu Myvi Dipenjara 6...

JOHOR BAHRU - Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan...

Cerita Mahathir ‘Bapa Segala Tol’ Hipokrit Pakatan

SEMUA maklum, ahli Parlimen dari blok pembangkang khasnya Pakatan Harapan menolak usul Bajet 2018 di Dewan Rakyat tahun lalu hanya kerana dendam politik terhadap kerajaan BN-UMNO.

Bayangkanlah jika ia berjaya, segala apa dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan akan terbatal dan ini termasuklah pemansuhan empat plaza tol berkuat kuasa 12 tengah malam Isnin.

Lawaknya, pihak pembangkang semalam dengan selamba dakwa konon merekalah yang berjuang demi rakyat bagi menamatkan konsesi operator lebuh raya tersebut terutama di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau di Selangor.

Walhal apa berlaku, sejak memerintah negeri itu pada 2008 lalu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan tidak pernah usaha memansuhkan tol malah menambah lagi banyak lebuh raya bertol.

Hanya kerana beberapa buah anak syarikat kerajaan negeri memiliki kepentingan saham dalam syarikat konsesi lebuh raya itu, mereka tidak berbuat apa-apa termasuk kenaikan kadar tol konon akur dengan perjanjian lama.

Menerusi laman blognya pada Isnin, Najib menghuraikan sikap hipokrit pakatan mengenai hal ini termasuk beliau mengingatkan bagaimana seorang bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah mengenai konsesi tol.

Langkah tokoh veteran berusia hampir seabad itu ternyata lebih menguntungkan sesetengah kroni beliau tetapi merugikan dan menindas rakyat marhaen. Kini pembangkang menyanjung dan mendukung Bapa Segala Tol itu.

Najib tidak menamakan individu itu tetapi ia jelas rujuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepanjang 22 tahun pentadbirannya dahulu, menswastakan PLUS padahal lebuh raya itu asalnya bebas tol.

“Inilah pembangkang Malaysia. Hipokritnya mereka ini jugalah sanjung tinggi dan dukung Bapa Segala Tol, yang buat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat.

“Kerajaan terpaksa tanggung beban subsidi tol yang memanfaatkan kawasan dan kumpulan masyarakat tertentu sahaja sedangkan peruntukan itu boleh digunakan lebih baik untuk hal ehwal kebajikan rakyat seluruh negara.”

Ujar Najib, umum juga mengetahui bahawa pihak pembangkang jugalah yang menjadi pemegang saham dalam beberapa konsesi tol. Malah, ada juga hendak membina banyak lebuh raya bertol di negeri yang mereka pimpin.

Secara sinis beliau menyindir mereka konon ada yang berjanji dalam manifesto pilihan raya mahu menghapuskan tol sejak 2008, tetapi apabila memimpin negeri tersebut, sampai sekarang plaza tol itu masih berada di situ.

Untuk rekod, Mahathir dalam sejarah beliau sebagai perdana menteri dahulu hanya berjaya memansuhkan satu plaza tol sahaja iaitu di laluan Slim River, Perak pada 11 Januari 1993 yang lebih menyerupai jalan raya biasa.

Majoriti perjanjian konsesi tol yang berat sebelah ditandatangani ketika zamannya. Setelah Najib mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, beliau sudah mansuhkan kutipan di tujuh plaza tol. – Agensi/Myneswhub.cc/HAA

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH PERDANA MENTERI :

Bermula 1 Januari 2018, kutipan di 4 tol dimansuhkan di 3 buah negeri; Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, EDL di Johor dan Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Saya masih ingat lagi semasa mengumumkan perkara ini dalam pembentangan Bajet 2018. Gamat suasana dewan, lebih-lebih lagi para pembangkang yang sibuk mula memikirkan bagaimana mereka ingin memutar belit pengumuman ini untuk kepentingan politik mereka.


Ada yang kata pemansuhan ini adalah hasil usaha mereka, padahal hakikatnya UMNO-lah yang memperjuangkannya bersama komponen parti Barisan Nasional dan pemimpin Kerajaan.

Ada pula yang kata bahawa memang sudah sampai masa perjanjian konsesi ini tamat, atau ia sepatutnya dimansuhkan lebih awal lagi, sedangkan perjanjian menunjukkan bahawa ada tol itu ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada jadual.

Lebih buruk lagi, ada pula yang mengatakan bahawa pemansuhan tol ini hanya memudaratkan rakyat. Mungkin mereka ini tak dapat lihat kesesakan di kawasan bertol tersebut, atau mereka tak dapat mengira berapa ramai rakyat yang kini dapat berjimat apabila tidak lagi perlu membayar tol.

Inilah pembangkang di Malaysia. Hipokritnya mereka, mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat.

Kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi tol yang memanfaatkan kawasan dan kumpulan masyarakat tertentu sahaja sedangkan peruntukan tersebut boleh digunakan dengan lebih baik untuk hal ehwal kebajikan rakyat seluruh negara.

Umum juga mengetahui bahawa pembangkang jugalah yang menjadi pemegang saham dalam beberapa konsesi tol.

Malah, ada juga nak bina lebuh raya bertol di negeri yang mereka pimpin. Ada pula yang berjanji hapuskan tol sejak 2008 bila memimpin negeri, tapi sampai sekarang tol itu masih berada di situ.

Kata-kata putar belit dan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat yang tak mungkin mampu mereka tunaikan.

Kesemua ini hanya omong kosong, bukan sahaja tol, bahkan satu apa janji populis mereka kepada rakyat pun tak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana hakikatnya mereka tidak mempunyai perancangan dan pelan yang kukuh untuk melaksanakannya.

Saya percaya rakyat dapat melihat dan merasai sendiri segala usaha dan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional hari ini, berjanji bukan untuk menang undi, tetapi menunaikannya demi untuk rakyat Malaysia.

Beberapa tol telah dimansuhkan sejak 2009, termasuklah 4 hari ini, dan harga tol juga terus dihadkan walaupun perjanjian konsesi menuntut ia dinaikkan hasil legasi seorang dua bekas pemimpin terdahulu.

Kita terus mendengar nadi denyut rakyat dan membantu dengan pelbagai kemudahan Infrarakyat, seperti Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol, projek-projek keretapi, dan segala insentif dan pemberian kebajikan.

Usaha-usaha ini akan diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerana kita inginkan semua rakyat Malaysia menikmati pembangunan negara.

Kategori