• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuatkuasa pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Sistem ini melindungi semua kes kehilangan pekerjaan kecuali perletakan jawatan secara sukarela, tamat tempoh kontrak perkhidmatan, penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat, penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan, persaraan orang berinsurans atau penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.

Majikan dikehendaki membuat bayaran caruman buat pertama kalinya untuk sistem ini pada 1 hingga 15 Februari 2018 bagi caruman bulan Januari tahun ini. Bagi tujuan pembayaran caruman, majikan terlebih dahulu dikehendaki memuat turun Lampiran 1 iaitu Borang Jadual Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my/sip dan mengisinya dengan lengkap.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula kepada PERKESO melalui emel ke [email protected] dengan menggunakan Tajuk [CARUMAN SIP; NAMA & KOD MAJIKAN – BULAN/TAHUN CARUMAN]. Contoh: CARUMAN SIP; ABC SDN. BHD. & A3100000524V – 01/2018.

Selepas menghantar borang tersebut melalui emel kepada PERKESO, majikan kini perlu menyediakan bayaran caruman secukupnya menggunakan sama ada dalam bentuk cek, kiriman wang atau wang pos di mana ianya hendaklah:

1. Bertarikh dalam tempoh sah laku;
2. Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO
3. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;
4. Telah ditandatangani;
5. Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;
6. Nama dan kod majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di sebelah belakang cek, kiriman wang atau wang pos;
7. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar pada Lampiran 1.

Bayaran caruman boleh dibuat di kaunter pejabat PERKESO dengan membawa maklumat caruman bersama cetakan bukti penghantaran emel dan Borang Jadual Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dilengkapkan secara fizikal atau ‘softcopy’. Bagi serahan dokumen bayaran caruman di kaunter PERKESO, majikan akan diberikan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP. Majikan juga boleh menghantar dokumen bayaran ini melalui pos dengan menyertakan dokumen yang sama.

Bayaran caruman hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 15hb setiap bulan bagi mengelakkan denda lewat bayar dikenakan kepada majikan. Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan setiap bulan pada kadar caruman 0.2% dari majikan dan juga 0.2% dari gaji pekerja. Hanya pekerja yang telah berumur 57 tahun dan tidak pernah mencarum dengan PERKESO sebelumnya dikecualikan dari sistem perlindungan ini.

Sila layari laman sesawang PERKESO di www.perkeso.gov.my/sip atau hubungi talian khidmat pelanggan 1300 22 8000 untuk keterangan lanjut.

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Michelle Yeo
Pegawai Eksekutif
Bahagian Perancangan Dan Hal Ehwal Korporat
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
Tel : 016-6954388

– BERNAMA

Tags: Perkeso
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd