Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

AS Akan Pulangkan RM828...

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk memulangkan kira-kira AS$200 juta (RM828 juta)...

Polis Akan Panggil Semua...

Polis akan memanggil semua ahli politik yang disebut dalam satu minit mesyuarat dirujuk...

Peruntukan RM1.2 Bilion Bina...

KUCHING - Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi pembinaan 4,000 unit Rumah Keluarga Angkatan...

RM15,000 Untuk Bakat Lan...

ALOR SETAR - Bakat pelawak Lan Pet Pet meniru bunyi berjaya menarik bidaan...

“Apahal Maki-Maki Ni, Cakap Elok-Elok Tak Boleh?”

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki berang sambil lempar kata-kata kesat terhadap penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadi tular menerusi laman sosial sejak semalam.

Memetik sumber, difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati apabila kenderaan miliknya disaman oleh pihak MPK kerana konon diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Lelaki terbabit bertambah berang apabila dia mendapati hanya kenderaan miliknya sahaja disaman walhal terdapat juga beberapa buah kereta lain melakukan kesalahan yang sama namun tidak pula dikenakan tindakan.

Menerusi video berdurasi kurang tiga minit itu menyaksikan lelaki terbabit dilihat memaki hamun anggota-anggota MPK sambil menunjukkan kertas saman tersebut sebagai tanda tidak berpuas hati.

Keadaan tersebut secara tidak langsung telah mengakibatkan anggota-anggota berkenaan hilang sabar sehingga menyebabkan berlakunya pertikaman lidah antara mereka.

Salah seorang anggota MPK cuba menjelaskan keadaan sebenar namun tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan. Malah, dia dilihat enggan mengalah dan masih mahu memanjangkan hal itu dengan memberi pelbagai alasan.

Enggan mengeruhkan keadaan yang panas, beberapa lagi anggota lain cuba meleraikan pergaduhan itu dengan baik dan akhirnya masing-masing beredar meninggalkan lokasi kejadian.


Video yang tular itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Ramai yang menyelar tindakan lelaki terbabit kerana dianggap kurang ajar dan biadab sekali gus enggan mengakui kesalahan sehingga sanggup membesarkan keadaan.

Namun, masih ada juga netizen yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap anggota MPK yang gagal mengawal emosi sehingga turut melemparkan kata-kata kesat terhadap orang awam.

Video yang menerima lebih daripada 70,000 likes itu terus mendapat perhatian masyarakat khususnya di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori