• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“ADUN Titi Serong Tak Faham Bahasa…” – Zambry

oleh AK-47
31/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menegor ADUN PAS Titi Serong, Abu Bakar Hussain kerana bukan sahaja memutarkan fakta, malah “tidak faham bahasa” dalam isu yang beliau perjuangkan.

Beliau kecewa kerana wakil rakyat PAS itu seperti masih tidak mengerti isu pembinaan hospital di Kerian yang telah dijawab sebelum ini dan berpendapat isu itu hanya dimainkan semula bagi menimbulkan kemarahan rakyat.

Menteri Besar mengulas dakwaan Abu Bakar mempertikaikan janji pembinaan hospital di Kerian, Perak Tengah dan Manjung.

Dr. Zambry berkata sudah berkali-kali beliau memberi penerangan kepada Abu Bakar berkaitan projek pembinaan hospital tersebut namun isu itu tetap dimainkan oleh pihaknya.

“Mereka mengganggap apabila hari ini janji esok kena siap dan akhirnya, ada isu yang boleh ‘dimainkan’.

“Tentunya kerajaan mempunyai perancangan pengiraan kemudian akan keperluan mengambil kira pandangan pihak hospital yang sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Lestari Modal Insan Koperasi Kerjasama Asas Amalan Koperasi sempena Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Persalam Manjung Bhd. di Lumut baru-baru ini.

Kata Dr. Zambry lagi, penjelasan telah diberikan kepada ADUN Titi Serong itu mengenai struktur tanah sawah yang dijadikan tapak pembinaan hospital akan mengambil masa untuk memampatkan struktur tanah tersebut.

“Kalau dia lebih arif, lebih maklum saya syorkan kepada pihak JKR lantik dia sebagai ketua jurutera lah.

“Saya dah jelaskan padanya tetapi kata saya mempersendakan rakyat seolah-olah dia lebih tahu daripada kerajaan serta lebih maklum dan mahir dalam hal kejuruteraan jadi kalau begitu saya akan syorkan pada pihak berkuasa lantik beliau sebagai ketua jurutera untuk pantau pembinaan hospital,” katanya.

Dr. Zambry menjelaskan, kerajaan akan melaksanakannya dan kini melibatkan pembinan fasa pertama serta pembukaan tender pada Mac ini.

“Jika dia ingin menggunakan isu itu terpulang padanya namun tugas kerajaan untuk terus melaksanakannya dan saya telah jelaskan pada beliau,” kata Dr. Zambry lagi. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Individu, Seorang Pegawai JPJ Selangor Ditahan

Next Post

Rakyat Perlu Ambil Iktibar Kekecohan Konvensyen PH

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

19/05/2025
0

IPOH - Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan...

Next Post

Rakyat Perlu Ambil Iktibar Kekecohan Konvensyen PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd