• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu.

Muhammad Ikhwan Syahrul Seri Buana, 33 berkata, dia beranggapan demikian selepas diceritakan isterinya, Nor Faziera Muda, 27, mengenai tindakan suspek yang cuba menyimbah asid ke muka mangsa namun berjaya dielak dan terkena bahagian belakang dan tangan.

Katanya, penduduk juga memaklumkan tiga suspek yang berpurdah dan seorang bertopeng melarikan diri dengan gaya lelaki.

“Kami sempat solat Maghrib berjemaah jam 7.40 malam sebelum isteri bersama anak perempuan usia tujuh tahun ke spa untuk berjumpa pelanggan yang mengambil pakej urut.

“Tapi kami dah pelik sebab dia minta nak urut tiga jam sebab jarang orang minta lama, saya terkejut bila jadi macam ni, permintaan pelik lain adalah pelanggan nak isteri sendiri yang buat urutan ini sedangkan kami ada pekerja, tapi isteri turutkan juga,” katanya ketika ditemui di Beris Kubur Besar, di sini, hari ini.

Muhammad Ikhwan berkata, tidak lama selepas keluar ke spa, dia menerima panggilan kecemasan daripada isteri yang meminta tolong dan memaklumkan dia disimbah asid.

Katanya, isterinya mengalami kesan lecur lebih 50 peratus membabitkan kawasan belakang badan, lengan dan tangan.

Muhammad Ikhwan berkata, dia tidak mengetahui motif penyerang dan mendakwa isterinya tidak mempunyai musuh.

Katanya, ketika ini keadaan isterinya sudah stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) selama enam jam.

“Anak perempuan yang berada dalam kedai ketika kejadian masih trauma dan tak mahu bersendirian,” katanya.

BHonline-

Tags: orang upahansimbah asidSPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

Next Post

Peguam Mempersoal Kenapa Pamela Dipanggil SPRM Sehari Lebih Awal

Related Posts

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan, Direman Hari Ini

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan, Direman Hari Ini

06/05/2024
1

Petaling Jaya : Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap bintang Selangor FC dan pemain...

Hamas Tolak Gencatan Senjata

Faisal Stabil, Terima Rawatan Di Hospital – Polis

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, cedera disimbah cecair dipercayai asid, dekat sini, hari ini. IKUTI...

Next Post
Peguam Mempersoal Kenapa Pamela Dipanggil SPRM Sehari Lebih Awal

Peguam Mempersoal Kenapa Pamela Dipanggil SPRM Sehari Lebih Awal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd