• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Nahas FRU: Bebas 20 Minit, Pemandu Lori Batu Ditahan Semula Kes Curi Lembu
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu ditahan semula bersabit kes curi lembu.

Penahanan lelaki berusia 45 tahun tersebut dilakukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di pejabat kaunter pembayaran jamin sekitar jam 12.20 tengah hari pada Isnin.

Pemandu lori itu ditahan bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Terdahulu, lelaki berkenaan selaku orang kena tahan (OKT) dibebaskan dengan jaminan mahkamah dari lokap IPD Hilir Perak selepas membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Proses membayar ikat jamin dilakukan majikan dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung mahu dikenali Roslan, 62, masing-masing membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.

Pada Jumaat, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28; di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik dalam daerah Hilir Perak jam lebih kurang 9.05 pagi pada 13 Mei 2025.

Hakim Norhamizah Shaiffudin membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes di mahkamah selesai selain melapor diri di balai polis setiap minggu.

Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 Jun ini.

SinarHarian-

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd