• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Ambil Iktibar Kekecohan Konvensyen PH

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekecohan semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan semalam kerana ia mencerminkan ketidakmampuan pakatan pembangkang mencapai kata sepakat.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias berkata ini jelas terbukti apabila ada anggota parti terbabit yang tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Perkara seperti ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN) kerana kita mempunyai kesepakatan yang mantap dan baik sejak daripada dahulu lagi dalam apa jua perkara.

“Saya harap rakyat dapat menilai kualiti dan pengurusan parti-parti pembangkang ini. Kalau parti tidak boleh diurus dengan baik, bagaimana nanti hendak mengurus negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan berkenaan sehingga memaksa konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang, ditamatkan serta-merta.

Semalam, konvensyen itu bertukar kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN yang didakwa mereka sebagai kawasan hitam.

Daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (11), Parti Amanah Negara (Amanah – tujuh) dan PPBM (enam).

PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang.

Mengulas lanjut, Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata pembangkang tidak mampu menguruskan pakatan mereka dengan baik kerana tiada hala tuju yang jelas dalam membela nasib rakyat sebaliknya hanya bertujuan untuk mencapai cita-cita peribadi pihak tertentu.

“Pakatan ini masih lagi dalam keadaan terawang-awang dan mereka tidak dapat diuruskan dengan baik. Mereka ini menjadikan pilihan raya sebagai medan untuk kepentingan individu tertentu. Contohnya, PPBM diwujudkan kerana (Pengerusi PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PKR pula diwujudkan kerana memperjuangkan (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Amanah adalah serpihan daripada PAS akibat tidak berpuas hati dengan (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP pula serpihan parti PAP Singapura. Oleh sebab itu, parti-parti dalam PH ini tiada hala tuju untuk membela nasib rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd