Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Hasilkan Dadah Daripada Cendawan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara...

Jerebu: Indonesia Perlu Ambil...

MILAN (Itali) - Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan Indonesia perlu...

Jom Amal 5 Tips...

PEJAM celik… pejam celik… umat Islam di seluruh dunia sudah pun memasuki bulan...

WHO Isytihar Covid-19 Sebagai...

GENEVA - Wabak koronavirus (Covid-19) semalam dilabel sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia...

70% Pembiayaan Sewa Beli Kereta Lulus Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Bank-bank komersial di Malaysia memberi jaminan akan terus menyediakan pembiayaan sewa beli kenderaan kepada orang ramai yang layak berdasarkan kesesuaian dan kemampuan mereka yang memohon.

Jaminan itu dibuat oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bagi membidas dakwaan `The Edge Financial Daily’ syarikat kenderaan terutama Perodua dan Proton terjejas disebabkan oleh garis panduan pembiayaan sewa beli sedia ada.

ABM malah memaklumkan, kadar permohonan pembiayaan kenderaan yang diluluskan oleh bank-bank komersial dalam negara dari Januari hingga November tahun lalu adalah sebanyak 70 peratus.

Jelas ABM, garis panduan pembiayaan sewa beli yang ditetapkan di negara ini adalah penting untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terlalu dibebani dengan hutang berlebihan.

“Permohonan pembiayaan kereta oleh ahli kami dinilai sesuai dengan garis panduan sedia ada dan prosedur dalaman masing-masing. Ia termasuk penilaian kredit dengan mengambil kira pendapatan serta pinjaman sedia ada pemohon.

“Ia bagi menentukan kemampuan mereka membuat pinjaman. Bank perlu juga mengambil pemohon perlu mempunyai kewangan mencukupi jika berhadapan peristiwa tidak dijangka,” kata ABM dalam satu kenyataan media hari ini.


ABM menjelaskan, antara punca permohonon pembiayaan kenderaan tidak diluluskan pihak bank kerana rekod kegagalan kredit, bukti pendapatan tidak nyata, pembayaran tidak menentu dan pendapatan bersih tidak mencukupi.

Kata ABM, orang ramai turut diingatkan memastikan dokumentasi yang lengkap disediakan untuk pihak bank apabila memohon pembiayaan kenderaan.

“Pembiayaan kereta akan diteruskan kepada peminjam yang layak. Jangkaan impak Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9 berkuat kuasa 1 Januari 2018 terhadap kos pembiayaan adalah terhad,” kata ABM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori