• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Terima Bantuan TN50 Yayasan MyKasih Di Rembau

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Sebanyak 200 keluarga dan 200 murid sekolah rendah dari kawasan Parlimen Rembau menerima bantuan berjumlah RM336,000 melalui program Transformasi Nasional 50 (TN50) MyKasih Foundation- Kasih Tanpa Sempadan, bagi meringankan kos sara hidup.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata inisiatif ini merupakan kerjasama antara kementerian berkenaan dan Yayasan itu bagi membantu mereka yang memerlukan untuk membeli barang keperluan asas.

“Sebanyak 200 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan, akan menerima bantuan RM80 sebulan selama setahun, yang akan dikreditkan secara dua kali terus ke dalam MyKad wakil keluarga.

“Penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas seperti roti, beras, biskut, minyak masak dan telur, di dua buah kedai yang terpilih di kawasan ini, iaitu Fresco dan Family Mart,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran TN50 MyKasih Foundation – Kasih Tanpa Sempadan, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyKasih Foundation Datuk Yaacob Amin, Pengarah Urusan MyKasih Foundation Jeffrey Perera dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahri Idris.

Bagi murid sekolah pula, Khairy berkata 50 pelajar daripada setiap empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tanjung, SK Titian Bitangor, SK Taman Seri Rembau dan SK Kayu Ara, dipilih daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

“Murid-murid ini menerima bantuan melalui program MyKasih “Love My School”, di mana setiap bulan selama setahun, akan menerima RM60 yang dikreditkan sebanyak dua kali sebulan ke dalam kad istimewa MyKasih penerima.

“Berbeza daripada bantuan kepada keluarga, para penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli buku sekolah, alat tulis daripada kedai buku sekolah dan makanan di kantin,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media, Khairy berkata inisiatif MyKasih Foundation itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberi bantuan bersasar kepada mereka yang layak, selain mengelakkan berlakunya ketirisan.

“Cara bantuan disalurkan kepada penerima adalah unik kerana ia menggunakan teknologi terkini di mana MyKad penerima akan didaftarkan ke sistem MyKasih dengan menggunakan teknologi proprietari dan sebuah akaun akan dibuka di mana elaun bulanan didepositkan.

“Pengimbas kad dan kod bar yang unik akan dipasang di kaunter bayaran bagi memastikan hanya barang yang diluluskan sahaja boleh dibeli,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih Foundation menyalurkan bantuan RM200 juta kepada lebih 245,000 keluarga dan lebih 16,000 pelajar daripada 242 sekolah. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd