• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hilang Ditemui Mati

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu, ditemui di Jalan Bukit Tembok berhampiran Taman AST, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata mayat warga emas dalam keadaan reput itu ditemui di kawasan semak oleh penduduk tempatan pada jam 4.30 petang.

“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui barangan milik lelaki itu termasuk payung, telefon bimbit serta dompet. Sehingga sekarang, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Siasatan lanjut mendapati dia dilaporkan hilang pada 6 November lalu dan anak sulungnya yang dipanggil untuk membuat pengecaman mengesahkan identitinya,” katanya di sini, hari ini.

Sulizmie Affendy berkata, warga emas itu mempunyai penyakit darah tinggi namun punca kematian akan disahkan selepas bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar di sini, hari ini.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH ONLINE

Tags: Mayatwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd