• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dalam Kebakaran Bengkel

oleh AK-47
25/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Seorang wanita maut akibat sesak nafas dalam kebakaran di sebuah bengkel motosikal di Kampung Ketapang Tengah, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata wanita itu Nur Hana Shahirah Mohd Rashid, 23, yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di bengkel itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Pekan.

Katanya siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa pergi ke bengkel itu pada kira-kira 12.30 tengah hari untuk meminta duit daripada kenalannya yang juga pemilik bengkel berkenaan.

“Bagaimanapun lelaki berusia 53 tahun itu enggan memberikan duit menyebabkan mangsa berkeras enggan balik lalu tertidur dalam bilik di premis berkenaan.

“Sebelum itu pemilik bengkel itu sempat memberitahu mangsa bahawa dia hendak keluar ke bandar pada jam 3.30 petang dan telah mengunci pintu bilik kerana bimbang kehilangan barang selepas melihat mangsa tertidur,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ketika berada di bandar, lelaki itu menerima panggilan telefon daripada abang wanita itu yang memaklumkan berlaku kebakaran di bengkelnya menyebabkan dia terus bergegas pulang untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa ditemukan pengsan di bawah katil dan dikejarkan ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pembantu perubatan,” katanya.

Amran berkata, hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap.

“Polis mendapati pemilik bengkel itu positif dadah jenis Methamphetamine dan ditahan reman sehingga 28 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya setakat ini polis mengklasifikasikan kes kematian wanita itu sebagai mati mengejut dan jenazahnya telah dituntut keluarganya dan dikebumikan di tanah pekuburan Makam Condong Pekan, petang tadi. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd