• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipercayai Cekik Anak Sebelum Bunuh Diri

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dipercayai mencekik anak perempuannya sehingga mati sebelum bertindak mengantung diri di kediaman mereka di Taman Skudai Indah, Skudai, di sini, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt. Beh Eng Lai berkata J. Sumathi, 45, ditemui tergantung di dalam bilik gim di tingkat bawah rumah dua tingkat itu manakala anak perempuannya K. Arthhinee, 10, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas.

Kedua-duanya ditemui oleh suami Sumathi, T. Krishakumar dan dua lagi anak mereka pada 9.59 malam, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Beh ketika kejadian, suami mangsa berada di tempat kerja manakala dua anak mereka keluar membeli peralatan sekolah di sebuah pusat beli-belah di Tampoi.

Setibanya di rumah, mereka mendapati pintu rumah berkunci dan suami mangsa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu sebelum menemui mayat isteri dan anak bongsunya itu.

“Pihak hospital yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal tiga jam lalu akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati,” kata Beh.

Beliau berkata siasatan mendapati Sumathi merupakan pesakit kanser tahap empat dan sering mengadu tidak mahu hidup lagi kepada keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut (SDR). – BERNAMA

Tags: bunuh diriWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd