• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Sugarbook, Aplikasi Untuk Cari ‘Sugar Daddy’!

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“THE Sugarbook adalah sebuah aplikasi sosial media bertujuan bagi membina sebuah komuniti yang memberi tumpuan dalam memperkasakan golongan wanita,” dakwa kenyataan pada laman web rasmi aplikasi ‘mencari jodoh’ tersebut.

Atau bahasa mudahnya, “laman web bagi wanita yang tidak mempunyai aspirasi dan cita-cita untuk memajukan diri sendiri menggunakan akal dan kudrat yang ada dan mahu hidup senang dengan cara mudah”!

Ia mula diperkenalkan oleh seorang rakyat Malaysia sekitar 2016 dan kini mempunyai lebih daripada 55,000 pengguna dari seluruh negara termasuklah Malaysia, Singapura, Amerika, India, dan Filipina.

Dengan tagline “Where Romance Meets Finance” (Apabila Kasih Sayang Bertemu Wang), aplikasi ini dianggap luar biasa dan berbeza daripada laman web mencari cinta yang lain.

The SugarBook adalah platform bagi seseorang yang ingin mencari kepuasan diri sambil ‘berhubung’ dengan individu yang turut mahukan perkara yang sama.

Senang cerita, The Sugarbook sebenarnya adalah tempat untuk mereka yang mahu bercinta tanpa komitmen DAN mendapat kesenangan materialistik dalam masa yang sama. Wow!

Selain itu, aplikasi ini juga bertindak sebagai ‘bantuan’ memudahkan para ahli perniagaan yang terlalu sibuk dengan kerja untuk ‘menikmati’ janji temu secara konvensional.

Aplikasi ini adalah percuma dan terbuka kepada mereka berumur 18 tahun ke atas dan bagi pengguna yang mendaftar akaun menggunakan email universiti ataupun kolej akan menjadi ahli premium secara automatik.

Itu adalah antara keistimewaan yang disediakan buat pengguna yang mendaftar sebagai sugar babies atau dipanggil sebagai ‘anak ikan’.

Selain itu, sugar babies juga akan menikmati pelbagai keistimewaan lain termasuklah mengetahui siapa yang melihat profil, penghantaran mesej yang tiada had dan sebagainya.

Tetapi bagi pengguna yang mendaftar sebagai sugar daddy pula, mereka perlu membayar sedikit ‘yuran’ untuk menjadi ahli premium.

Apa yang penting, pengguna yang mendaftar sebagai sugar daddy haruslah seseorang yang boleh memberi kemewahan kepada para sugar babies termasuklah wang, percutian, bayaran pembelajaran dan sewaktu dengannya!

Pada kebiasaan, orang menganggap sugar daddy kebanyakannya terdiri daripada lelaki yang sudah berusia dan tidak menarik, kan?

Berlainan pula dengan aplikasi ini yang mana dilihat golongan berkaitan kebanyakannya terdiri daripada lelaki bijak, kacak dan kaya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun!

Selepas mendaftar sebagai ahli, pengguna boleh mengemaskini profil dan butiran peribadi termasuk maklumat terperinci seperti gambar, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya.

Menerusi perkongsian itu, para pengguna dapat mengetahui maklumat sesama sendiri yang berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang mungkin menepati ciri-ciri dicari.

Sementara itu sepanjang beroperasi, aplikasi ini ternyata menerima pelbagai reaksi daripada pengguna tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

“Semua orang di TheSugarBook mempunyai alasan yang sama yakni mencari ‘anak ikan’ yang memerlukan sokongan kewangan, selain ‘berseronok’ dengan mereka.

“Kemudian, saya berjumpa dengan Jane. Selepas dia mula ‘membesar’ bersama saya dan mennikmati segala kehendaknya. Kini, kami menjalinkan hubungan,” ujar Calvin yang juga usahawan berusia 40 tahun.

Menurut seorang duda, Aaron, 50 pula berkata, aplikasi atau laman web lain menjadikan dia dilihat seperti seorang lelaki tua yang ‘tiada kepentingan’.

Namun berbeza pula dengan TheSugarBook, di mana kebanyakan ‘anak ikan’ yang ditemui begitu sopan santun dan juga bertolak ansur dalam melayaninya.

Haaa… Bagaimana pula pendapat anda mengenai aplikasi ini? Ada ‘beran’ ke nak cuba? –  MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aplikasi
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd