• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tenis Malaysia Mampu Langkah Jauh Jika Sistem Betul

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Arena tenis Malaysia memiliki peluang besar untuk melangkah ke tahap lebih tinggi sekiranya mampu melaksanakan sistem kejurulatihan yang betul, kata legenda jurulatih tenis, Nick Bolletieri.

Bolletieri berkata Malaysia mempunyai banyak jurulatih tenis hebat, namun mereka perlu melaksanakan sistem yang betul untuk melahirkan pemain cemerlang.

“Untuk tenis Malaysia melangkah ke tahap lebih tinggi, kita perlu membantu barisan jurulatih. Tanpa usaha itu, ia menjadi sangat sukar.

“Malaysia tidak kekurangan bakat tenis, namun kurang dari segi arah tuju terhadap sukan berkenaan. Barisan jurulatih yang ada hebat, tetapi mereka perlu dibantu. Namun perlu diingat, sesuatu itu tidak akan dicapai dalam masa yang singkat,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Tenis Nasional di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini hari ini.

Beliau berkata barisan jurulatih itu perlu diberi tunjuk ajar terhadap beberapa perkara yang mudah, misalnya dalam berdepan dengan pemain muda.

“Kita akan membantu jurulatih ini dalam perkara-perkara asas berdepan mereka yang mula menceburi tenis sehinggalah terhadap mereka yang sudah lama bergelar pemain tenis.

“Kita berharap dapat membangunkan sistem di mana saya boleh berkomunikasi dengan mereka secara bulanan melalui e-mel atau Facebook, dan berkongsi video mengenai latihan yang perlu dijalankan,” katanya.

Bollettieri, terkenal antara individu paling berpengaruh dalam sejarah tenis dunia, berada di Kuala Lumpur untuk ‘ #TraintoWin Tennis Workshop’ bagi berkongsi kaedah latihan dan matlamat beliau dalam membantu merangkul gelaran Grand Slam, dengan pemain tenis remaja terbaik Malaysia dan barisan jurulatih.

Sementara itu, semasa sesi bengkel dua hari itu bermula hari ini, legenda jurulatih tenis berusia 86 tahun itu, mengenal pasti pemain tenis berbakat Malaysia, Nursharneem Imann Shamsuddin.

Bollettieri berkata jika beliau dapat mencungkil bakat pemain kelahiran Sabah berusia 18 tahun itu, ketika pemain itu masih berumur 10 tahun, corak permainan dan prestasi pemain muda itu sudah tentu berbeza, dan boleh beraksi dalam kejohanan jelajah pada masa ini.

Bengkel #TraintoWin menampilkan sesi kejurulatihan menggabungkan latihan di dalam dan luar gelanggang kepada lebih 150 pemain remaja yang berpotensi di bawah umur 10, 14 dan 18 tahun, serta bimbingan kaedah latihan kepada 30 jurulatih tenis kebangsaan dan negeri di Malaysia.

Semasa sesi kejurulatihan itu, pemain dan jurulatih juga diberi peluang menyaksikan pra-tonton versi Closed Beta untuk BounxSport, sistem membangunkan pemain baharu, membolehkan jurulatih dan pemain merangka perancangan bagi melahirkan pemain mempunyai prestasi cemerlang dengan cepat. – BERNAMA

Tags: Bolletieritenis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Karikatur Politik, Isyarat Perang UMNO Di PAU 2017

Next Post

Liyana Dahului 2 Pukulan Pada Pusingan Pembukaan

Related Posts

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

06/06/2018
0

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

21/05/2018
0

ROME - Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan,...

Next Post

Liyana Dahului 2 Pukulan Pada Pusingan Pembukaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd