• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi separuh akhir pada Terbuka Perancis di Roland Garros, ulangan final di Flushing Meadows tahun lalu.

Pilihan ke-10 kejohanan itu mempamerkan aksi hebat untuk membenam pemain Russia, Daria Kasatkina, yang sebelum ini menewaskan pemain nombor dua dunia Caroline Wozniacki, 6-3, 6-1 di gelanggang Philippe Chatrier pada suku akhir.

Terdahulu, Madison, pilihan ke-13, mara ke separuh akhir buat kali pertama dengan menewaskan pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva 7-6 (7/5), 6-4.

Sloane menewaskan Madison 6-3, 6-0 September lalu untuk menjulang gelaran Grand Slam sulungnya di New York.

“Bila kami berada di gelanggang, tiba masa untuk bertanding tapi sebelum itu kami akan berperangai gila-gila antara satu sama lain,” kata Sloane yang hampir tersingkir pada pusingan ketiga di tangan Camila Giorgi sebelum menang 8-6 pada set penentuan.

“Sekarang, saya mahu mencari dia kerana ingin bergosip dengannya. Saya akan cari dia di bilik latihannya.

“Ya, saya fikir semuanya akan kembali normal dan apabila kami berada di gelanggang, itulah masa untuk bertanding. Sebelum itu, kami gadis yang sama seperti biasa.”

Ia kali pertama dua pemain AS mara ke separuh akhir Roland Garros sejak 2002, apabila Serena Williams menewaskan kakaknya Venus pada final, selepas kemenangan separuh akhir ke atas Jennifer Capriati.

Sloane yang berada di ranking ke-957, enam minggu sebelum kejayaan sulung Grand Slam tahun lalu selepas berdepan pelbagai isu kecederaan, kini berada di separuh akhir dalam kejohanan utama buat kali ketiga.

“Dua pemain Amerika Syarikat di separuh akhir Terbuka Perancis, saya fikir agak menakjubkan,” ujar pemain berusia 25 tahun itu.

“Ini bermakna seorang pemain Amerika akan berada di final Terbuka Perancis, ia memang hebat. Apa-apa pun, saya tidak fikir sesiapa patut merungut.” – AFP

Tags: rakan baiktenis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petronas Penapisan Melaka Salur Bantuan RM175,300

Next Post

PAS Akur Perkenan Agong Lantik Tommy Thomas

Related Posts

Penggal Kepala Rakan Baik Gara-Gara Ada Hati Terhadap Ibu

03/10/2018
0

TINDAKAN seorang lelaki berjalan kaki sambil memegang kepala rakan baiknya yang dipenggal dalam keadaan berlumuran darah menggemparkan orang ramai. Dua...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

21/05/2018
0

ROME - Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan,...

Next Post

PAS Akur Perkenan Agong Lantik Tommy Thomas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd