Friday, November 8, 2024

Creating liberating content

Asrama Tahfiz Rantau Panjang,...

KLANG - Empat bilik asrama yang terletak di aras atas bangunan dua tingkat...

JDT Terima Ucapan Tahniah...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima perutusan tahniah daripada kelab...

Mayat Bayi Harum Biarpun...

Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di ibu negara yang...

Floor 88 Bukan Jenis...

SELEPAS single sulung mereka, Zalikha berjaya mendapat tempat di hati pendengar, kumpulan Floor...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

ROME – Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan, Alexander Zverev 6-1, 1-6, 6-3 di final Terbuka Itali, awal pagi tadi.

Kejuaraan itu adalah ke-56 di atas permukaan tanah liat dan dia bakal merampas kedudukan nombor satu daripada Roger Federer apabila ranking terkini ATP dikeluarkan hari ini.

“Kejayaan pertama saya di sini pada 2005 dan ia salah satu kejayaan paling manis dalam karier saya,” kata Nadal selepas menjulang trofi kelapannya di Rome.

“Merangkul trofi ini sekali lagi selepas beberapa tahun sangat istimewa buat saya.”

Nadal yang bermula goyah pada awal permainan selepas kehilangan servis tidak menunggu lama untuk kembali mencapai momentum.

Pemain berusia 31 tahun itu mematahkan servis Zverev untuk menyamakan kedudukan dan mencipta lapan mata kemenangan dan hanya melakukan empat kesilapan berbanding 10 yang dilakukan lawannya untuk menang set pertama.

Zverev bangkit di set kedua dengan mendahului 2-0. Pemain berusia 21 tahun yang mara ke final selepas cemerlang di ATP terus mendapat rentak dan menyukarkan Nadal di atas permukaan kegemarannya.


Zverev meneruskan momentum di set ketiga dengan mematahkan servis Nadal menjadikan kedudukan 2-0 dan memiliki kelebihan awal.

Bagaimanapun, ketika permainan berbaki dua permainan servis, hujan memaksa perlawanan ditangguhkan selama 45 minit.

Selepas perlawanan bersambung, Nadal bagaikan mendapat semangat baru dengan pukulan bertenaga sehingga memaksa Zverev melakukan banyak kesilapan.

Dengan keyakinan tinggi, Nadal meraih dua mata akhir dengan pukulan kilasnya.

“Anda adalah pemain terbaik di atas permukaan tanah liat sepanjang zaman dan saya rasa semua orang menyaksikannya hari ini,” kata Zverev. – myMetro Online

Kategori