Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Dirempuh Kayu Balak:...

Kota Bharu : "Kami mohon orang ramai tolong doakan adik saya supaya kembali...

Video Dakwa Wanita Diculik...

KUALA LUMPUR - Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang...

Wany Hasrita Tunai Haji...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk...

Polis Sarawak Buat Persiapan...

KUCHING - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman telah mengarahkan polis...

Telan Besi Untuk Tingkat Zat Besi!

SEORANG wanita tua di Russia, menelan 152 objek besi, termasuk paku dan skru kerana menyangka ia boleh meningkatkan zat besi dalam tubuhnya.

Penemuan mengejutkan itu disedari kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia, melakukan imbasan X-ray terhadap wanita dikenali sebagai Nina, 74, selepas dia mengadu badannya panas.

Menurut Daily Mail, pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan semua objek itu, antaranya paku dan skru panjang, penahan pintu serta besi sekerap berukuran 15 sentimeter (sm).

Malah wanita itu yang turut menelan satu rantai perak, memberitahu doktor dia kekurangan darah dan kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah jika menelan besi.

Kakitangan hospital memberitahu media tempatan, Nina mula menelan besi sejak 14 tahun lalu.


Menurut doktor, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut atau tekaknya. – Agensi/myMetro Online

Kategori