• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan 5 Tahun ESSCOM Secara Besar-Besaran

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Sambutan Ulang Tahun kelima penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada 5 Mac tahun depan akan diadakan secara besar-besaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sambutan itu akan diadakan di daerah ini dengan Urusetia dikendalikan oleh Esscom bersama Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara akan mengkoordinasi sambutan tersebut.

Ia akan melibatkan semua pemimpin masyarakat, pegawai dan anggota badan sukarelawan khususnya di Pantai Timur Sabah, katanya pada sidang media semasa lawatan kerja di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu di sini, hari ini.

Esscom ditubuhkan susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo Felda Sahabat Lahad Datu pada Mac 2013.

Timbalan perdana menteri berkata hari memperingati penubuhan Esscom merupakan komitmen kerajaan pusat terhadap soal keselamatan di negeri ini.

Katanya, ia menjadi keutamaan untuk kesejahteraan rakyat negeri ini selain komitmen terhadap keperluan infrastruktur rakyat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd