• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salji Paling Buruk Di Eropah

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sekurang-kurangnya 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Jerman, perkhidmatan feri terjejas di Pelabuhan Calais, Perancis dan gangguan perjalanan berlaku di Britain berikutan salji tebal melanda Eropah.

Salji terburuk dalam tempoh empat tahun itu menyebabkan penumpang terkandas di Frankfurt, Perancis dan Britain.

Jurucakap pengendali lapangan terbang Frankfurt, Fraport berkata, kira-kira 330 penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan terpaksa dibatalkan selepas salji tebal.

Lapangan terbang itu adalah hub dan ibu pejabat syarikat penerbangan Lufthansa yang dijadualkan mengendalikan sejumlah 1,260 penerbangan sehari.

Di Britain, Lapangan Terbang Birmingham yang kedua terbesar terpaksa menggantung semua penerbangan di sebelah pagi untuk memberi laluan pekerja membersihkan landasan dalam keadaan salji tebal.

Lapangan terbang itu pada kebiasaannya mengendalikan 200 penerbangan dan kira-kira 30,000 penumpang setiap hari.

Lapangan Terbang Luton di London terpaksa menutup landasannya selama dua jam sebelum membuka semula pada 11.30 pagi waktu tempatan untuk memberi laluan kepada pesawat.

Sementara itu, di Perancis, kira-kira 300 penumpang feri berdepan detik cemas apabila angin kencang menyebabkan feri itu terdampar menjejaskan perjalanan mereka dari laluan pelabuhan paling sibuk di Calais, Perancis.

Tiada kecederaan dilaporkan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Eropahsalji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal, Empat Masih Hilang

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal, Empat Masih Hilang

04/11/2025
0

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal 04 November 2025 Oleh: Mynewshub KATHMANDU – Sekurang-kurangnya tujuh pendaki dilaporkan maut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd