KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di Eropah kepada wakil Kesatuan Eropah (EU)
Bantahan tersebut disampaikan kepada Naib Presiden Suruhanjaya Eropah merangkap Wakil Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas.
“Malaysia-EU akan meneruskan rundingan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU dan akan meretifikasi Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama Malaysia-EU dalam masa terdekat.
“Dibincangkan juga bantahan Malaysia perihal kempen anti minyak sawit yang melampau oleh pelobi-pelobi anti minyak sawit di Eropah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, Mohamad memaklumkan, beliau memulakan agenda di Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN–Kesatuan Eropah ke-25 (25th AEMM) dengan mengadakan perbincangan dua hala bersama Kaja Kallas.
Menurut beliau, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan strategik Malaysia dengan EU. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan


