Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Terjatuh Tingkat...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 15 tahun yang demam sejak 3 hari...

Empat Projek Jambatan Di...

TEMERLOH - Kementerian Kerja Raya akan memberi keutamaan kepada empat projek jambatan bernilai...

Tiga Calon Damansara Ikrar...

PETALING JAYA - Ketiga-tiga calon di Parlimen Damansara mempunyai misi yang sama iaitu...

Jangan Cemari Kemulian Ramadan...

KUALA LUMPUR - Ramadan datang lagi. Tahun ini umat Islam di Malaysia dijangka...

Polis Thai Rampas Dadah Setengah Bilion RM

BANGKOK – Polis Thailand merampas 5.37 juta pil “Yaba” dan 120 kg dadah jenis Ice (Crystal Methaphetamine) sebelum ia dapat diedarkan di sekitar Bangkok dan diseludup ke negara-negara jiran.

Ketua Polis Thailand Jen Chakthip Chaijinda berkata dadah tersebut, yang berasal dari Negeri Wa di selatan, wilayah autonomi di Myanmar yang dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran dadah paling aktif yang bersempadan dengan utara Thailand.

“Susulan penahanan dua lelaki semalam, polis menemukan 2.5 juta pil “Yaba” dalam sebuah trak pikap dan merampas 2.87 juta lagi pil “Yaba” serta 20 kg dadah “Crystal Methaphetamine” di sebuah rumah sewa di Nonthaburi dekat Bangkok,” kata beliau.

Dalam operasi itu polis juga merampas rifel M-16 dan tiga buah kenderaan.

Menurut Chakthip, dadah itu ialah milik sindiket yang sama selepas polis membuat dua rampasan dadah terbesar awal bulan ini dan bulan lepas.

Beliau berkata, hasil rampasan semalam, jumlah dadah yang dirampas daripada sindiket tersebut sejak tiga minggu lepas ialah 26 juta pil “Yaba” yang dianggarkan bernilai 4 bilion Baht (kira-kira RM506 juta).


Beliau berkata jumlah digabungkan dadah “Crystal Methaphetamine” yang dirampas dalam operasi selama tiga minggu dianggarkan 400 juta Baht (RM50.6 juta).

Nilai dadah itu boleh mencecah beberapa jkali ganda jika dapat memasuki pasaran luar negara.

Dalam opderasi sebelumnya yang dilancarkan pada November dan awal bulan ini, polis Thailand merampas 20.8 juta pil “Yaba” dan 12 kg dadah “Crystal Methaphetamine” di sekitar Bangkok dan menahan beberapa lelaki yang disyaki menjadi anggota sindiket dadah. – BERNAMA

Kategori