• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PETRONAS Dekati Penduduk Terjejas Banjir Kota Belud

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – PETRONAS hari ini mendekati penduduk terjejas banjir di Kota Belud melalui program “Sentuhan Kasih” dengan menyalurkan bantuan kepada kira-kira 690 keluarga di empat pusat pemindahan banjir.

Bantuan terdiri daripada selimut, bantal, peralatan dandanan dan kit kebersihan yang dikenal pasti oleh Jawatankuasa Bantuan Bencana Daerah sebagai bekalan yang sangat diperlukan di pusat pemindahan iaitu di SMKA Tun Said, SK Pekan, SMK Taun Gusi 2, dan Dewan Kompleks Sukan Botung.

Sukarelawan PETRONAS, terdiri daripada kakitangan pelbagai unit operasi di Sabah serta dari stesen di Kota Belud, juga turun untuk membantu mengagihkan bantuan.

“Kami berharap sumbangan ini akan membantu dalam usaha menyediakan bantuan secara menyeluruh di daerah ini,” kata Mohd Zaini Mohd Yunus, Pengerusi PETRONAS Sabah dan Labuan selepas menyampaikan sumbangan kepada pegawai daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Program Sentuhan Kasih dilancarkan oleh PETRONAS pada 2005 bertujuan memacu usaha syarikat untuk mendekati mereka yang memerlukan semasa musim perayaan dan juga penduduk yang ditimpa bencana.

PETRONAS sebelum ini telah menyalurkan bantuan benc ana di negeri ini termasuk sumbangan RM5 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negeri 2014 untuk membantu penduduk terjejas banjir di beberapa daerah.

PETRONAS juga menyumbang RM3 juta untuk membantu penduduk di Ranau yang dilanda gempa bumi pada 2015.

Pada September tahun ini, syarikat itu menyumbang bantuan makanan kepada 45 keluarga yang terjejas banjir di Kimanis. – BERNAMA

Tags: petronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd