Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 1,774 Kes Denggi...

MELAKA - Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos...

Komputer Modular Bersaiz Kompak...

KOMPUTER dekstop sedia memfokuskan kepada penggunaan seumpama projek modular lain, di mana komponen...

Bekas Pekerja Nur Sajat...

SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja usahawan kosmetik, Nur Sajat ditahan bagi membantu...

Sadis… Remaja Rogol Wanita...

California - Bayangkan dua remaja ini baru berusia 15 dan 14 tahun namun...

Pekebun Kecil Perlu Ada Lagi Pendapatan Tambahan

KOTA TINGGI – Pekebun kecil disaran mempelbagaikan jenis tanaman dan tidak terlalu bergantung pada hasil jualan getah semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Ir Syed Sis Abdul Rahman berkata pekebun kecil getah perlu sedar bahawa harga komoditi itu kurang stabil, justeru perlu mempelbagaikan jenis tanaman di kawasan pertanian masing-masing.

Selain, penanaman pokok durian dan kelapa, mereka juga digalak menternak ikan atau tiram dalam sangkar, katanya ketika merasmikan program Gerakan Peningkatan Produktiviti dan Kempen Tanam Semula Risda Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai di Kampung Linting, di sini hari ini.

Beliau mewakili Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada majlis tersebut, Syed Sis turut menyerahkan peruntukan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) sebanyak RM51,765.53 kepada 163 pekebun kecil Kampung Linting, Kampung Nyior dan Kampung Tanjung Surat, di sini. – BERNAMA

Kategori