• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

oleh AK-47
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini bagi mendapatkan data terkini pekebun kecil getah di seluruh Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan memastikan hanya mereka yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

“Kita tidak mahu mereka yang tidak layak mengikut kategori yang telah ditentukan kementerian dan Risda akan menerima (bantuan) dan mereka ini tidak sepatutnya masuk dalam senarai,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan dibangkitkan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang memohon kerajaan mengkaji semula senarai penerima BMT supaya bantuan tersebut diberikan kepada penoreh getah yang benar-benar perlu dibantu berikutan terdapat pekebun kecil getah tidak aktif, masih mendapat bantuan tersebut.

Bagi BMT Tahun 2022, sejumlah RM800 seorang dibayar dalam tempoh musim tengkujuh iaitu masing-masing sebanyak RM300 bagi November dan Disember 2022 serta RM200 pada Januari tahun ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sekurang-kurangnya 10 program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz bakal diwujudkan di seluruh negara tahun ini.

Beliau berkata ketika ini, hanya terdapat tiga program TVET Tahfiz dan kementeriannya sedang berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk menambah luas program tersebut.

“Terdapat kira-kira 250,000 anak-anak di maahad tahfiz yang perlu dirungkaikan masa hadapan mereka dari segi peluang kerjaya walaupun mereka hafal 30 juzuk al-Quran,” katanya.

Menurut beliau program TVET memperlihatkan satu kemajuan luar biasa melibatkan kebolehpasaran, sebagai contoh 98.4 peratus graduan TVET Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mendapat pekerjaan.

Ahmad Zahid berkata perkara itu menunjukkan kursus-kursus yang disediakan bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga, di samping bantuan Kerajaan-Industri (GITC) sebagai badan perantara.

-Sinar Harian

Tags: Pekebun KecilPemutihan DataRisda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

23/08/2022
0

REMBAU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melancarkan pelan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd