• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

oleh AK-47
02/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan yang ditetapkan kepada RISDA tahun ini mengambil kira strategi komprehensif melalui lima komponen utama yang digariskan.

Menurutnya, komponen utama tersebut meliputi pembangunan kawasan tanaman getah, peningkatan produktiviti dan pembangunan pekebun kecil, pembangunan semula hasil baharu, rawatan penyakit luruhan daun seta bantuan musim tengkujuh (BMT).

“Kesemua komponen ini adalah elemen yang menyokong kepada Dasar Pembangunan Luar Bandar yang ditetapkan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia bagi menerajui pembangunan komuniti desa.

“Kesemua program ini dirangka bagi memastikan pekebun kecil dapat memajukan kebun getah dengan subsidi utama sehektar RM13,710 bagi kawasan Semenanjung, RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Risda di sini pada Khamis.

Pada majlis sama, beliau melancarkan Tahun Peningkatan Pendapatan dan Produktiviti Pekebun Kecil yang memfokuskan kepada peningkatan pendapatan produktiviti hasil lateks, pembangunan keusahawan serta program agromakanan yang bakal memanfaatkan lebih 500 ribu orang pekebun kecil di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi menyokong strategi peningkatan pendapatan ini, RISDA menyediakan Penetapan Zon Pengeluaran Lateks bagi membantu meningkatkan produktiviti getah kepada 1,800 kilogram bagi setiap hektar setahun.

Ujarnya, antara strategi dilaksanakan adalah pembinaan 51 unit Depo Pengumpulan Lateks untuk menyokong penjualan hasil lateks dengan kaedah pemasaran berkelompok secara jualan terus ke kilang.

“Sebanyak 15 unit depo lateks juga akan dibina pada tahun ini bag merancakkan lagi penghasilan lateks ole pekebun kecil.

“Melalui penghasilan lateks, ia mampu untuk meningkatkan kepada lebih 30 peratus pendapatan pekebun kecil. Buat masa ini, harga lates boleh mencecah sehingga RM 6.37 sekilogram berbanding harga skrap pada harga RM 2.41 sekilogram,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau RISDA turut menyasarkan untuk melahirkan dan membimbing seramai 22,500 orang usahawan pekebun kecil dengan nilai bantuan RM20,000 bagi setiap penerima.

“Program ini adalah bagi memastikan 30 peratus pekebun kecil memperoleh purata pendapatan RM2,500 sekeluarga pada tahun 2025 melalui aktriviti keusahawanan.

“Sebanyak RM30 juta diperuntukkan kepada RISDA tahun ini bagi melaksanakan Program Agromakanan bagi menyokong keperluan dasar agromakanan negara sekali gus menjamin kesejahteraan dan kemakmuran warga desa,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Pekebun Kecilperuntukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd