• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Mahu Pembalakan Di Pos Piah Dihentikan

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak mahu kerajaan negeri menghentikan pembalakan dan mewartakan tanah di kawasan itu sebagai Wilayah Tanah Adat Orang Asli.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata permintaan itu dinyatakan melalui satu memorandum yang diserahkan kepada kementerian dalam pertemuan dengan wakil penduduk pada 4 Dis lepas.

“Saya telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan 10 wakil Orang Asli dari Kampung Piah, Kampung Gentes, Kampung Teras dan Kampung Kembok yang diiringi pegawai khas wakil rakyat tempatan.

Wakil Orang Asli membangkitkan tentang aktiviti pembalakan yang berdekatan dengan kampung mereka yang dikhuatiri akan menjejaskan aktiviti dan mata pencarian mereka yang amat bergantung kepada hasil hutan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata semasa pertemuan itu, beliau telah memaklumkan kepada wakil Orang Asli tersebut bahawa perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, kataya kementerian akan menyampaikan hasrat dan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri.

“Saya juga telah mengarahkan supaya satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Azimuddin Bahari bersama-sama semua pihak yang berkaitan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik berhubung perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd