• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas 3 Pelari, KJ Sah Maraton Klang ‘Haram’

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman membuat laporan polis ke atas penganjur Klang City International Marathon, pada esok.

Beliau berkata laporan itu untuk membolehkan polis memulakan siasatan ke atas penganjur yang menganjurkan acara itu tanpa mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) sebagai pihak yang mengawal selia sebarang penganjuran sukan di negara ini.

Khairy berkata semua pihak yang menganjurkan acara sukan, termasuk larian dan maraton, perlu mendapatkan kebenaran daripada PJS terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan daripada persatuan sukan, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada masa ini, polis hanya menjalankan siasatan mengenai kemalangan selepas tiga pelari cedera. Laporan ini untuk siasatan polis ke atas penganjuran acara itu tanpa memohon lesen daripada PJS.

“Ini kesalahan di bawah Akta Pembangunan Sukan (1997), jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM5,000, hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa, Evelyn Ang Gek Suan, bersama Zaiton di Hospital Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Khairy berkata PJS akan menyenarai hitam penganjur terbabit daripada menganjurkan sebarang acara sukan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian 4.30 pagi di Jalan Kapar Batu 2 semalam, Evelyn, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki.

Khairy berkata Evelyn yang kini lebih stabil selepas menjalani pembedahan otak untuk membuang darah beku, masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Beliau berkata pihaknya dalam proses meminda Akta Pembangunan Sukan sedia ada, dengan mewajibkan pihak penganjur memohon kelulusan PJS 90 hari sebelum acara berlangsung untuk membolehkan PJS membuat semakan mengenai kesediaan dari segi keselamatan dan kewangan penganjur.

“Sudah lama sebelum insiden ini berlaku, saya sudah mencadangkan proses pindaan terhadap akta ini, di mana hukuman denda dinaikkan kepada RM500,000 dan hukuman penjara dipanjangkan.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada pihak polis, PBT, Rela dan agensi lain supaya jangan bekerjasama jika penganjur tiada lesen daripada PJS. Peserta pun perlu semak dan bermula esok, semua acara yang mendapat kebenaran PJS, akan dimuat naik dalam laman web kementerian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd