• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPM Diminta Sumbang Idea Corak Agenda Negara

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MPM yang dianggotai tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang tidak seharusnya meletakkan pandangan mereka hanya di kertas seminar dan konvensyen, sebaliknya bersama-sama melaksanakan agenda berkenaan bersama kerajaan.

“Saya tidak mahu MPM memikirkan tentang hal titik bengik seperti bagaimana nak membayar sewa bangunan dan hal-hal pentadbiran, tetapi fokus kepada agenda besar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Wisma MPM – Bina Daulah dan persidangan tahunan kelapan MPM di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung MPM Datuk Prof Dr Hasan Mad.

Ahmad Zahid turut meminta MPM dan pihak lain supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keseorangan dalam menterjemahkan agenda negara.

“Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan keseorangan, ditambah dengan hujanan pelbagai isu yang dilemparkan kepadanya. Saya akan terus membantu beliau,” katanya.

​​​Beliau turut mengingatkan MPM untuk membuka ruang kepada ilmuwan, agamawan dan golongan profesional yang lain dalam perbincangan mencorak agenda besar berkenaan.

“Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi ‘check and balance’ serta ambil kepedulian idea-idea mereka supaya ada keterangkuman dalam pelaksanaan agenda besar ini,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata masyarakat perlu sedar bahawa agenda diperjuangkan MPM selama ini tidak mendesak serta mengetepikan kaum-kaum lain.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan bayaran sewa bangunan bangunan MPM berkenaan berjumlah RM2,800 sebulan bagi tempoh 10 tahun. – BERNAMA

Tags: MPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Buka Sempadan MPN Hasil Persetujuan Bersama

18/02/2022
0

Pontian : Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai pembukaan semula sempadan dibuat hasil persetujuan bersama dan bukannya keputusan sendiri, kata...

MPM Serah Memorandum Selamatkan Negara Kepada Agong

28/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membubarkan Parlimen bukan langkah terbaik untuk menangani kemelut politik negara pada masa kini, demikian pendapat ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd