• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Buka Sempadan MPN Hasil Persetujuan Bersama

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pontian : Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai pembukaan semula sempadan dibuat hasil persetujuan bersama dan bukannya keputusan sendiri, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan tersebut telah dipersetujui secara bersama oleh ahli-ahli majlis berkenaan dalam mesyuarat MPN yang dipengerusikan beliau, baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan itu amat penting bagi merancakkan kembali ekonomi negara terutamanya sektor perniagaan dan pelancongan.

Justeru, beliau berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan majlis itu untuk membuka semula sempadan negara seawal 1 Mac ini.

“Please (tolong) PM (perdana menteri), MPN sudah cadang dan saya bukan buat keputusan pandai-pandai. Dalam mesyuarat ada Menteri Kesihatan, (ditanya) kena kuarantin wajib, beliau kata tak payah, ada Jabatan Imigresen, (ditanya) bila boleh buka, boleh buka 1 Mac.

“Maka, kita buat keputusan atas nama MPN supaya kerajaan boleh ambil tindakan segera buka sempadan,” katanya ketika berucap pada majlis Resepsi Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden Gerakan yang juga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN.

Awal Februari lalu, MPN mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini, namun cadangan itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, Kementerian Kesihatan dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.

-Harian Metro

Tags: Buka SempadanMPMPersetujuan Bersama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas Rayan, Adik Haidar Pula Jatuh Perigi Di Afghanistan

Next Post

Misi Pencarian MH370 Dimulakan Semula

Related Posts

Proses Pintu Sempadan Lancar Jika Negara Jiran Buka Sempadan 1 April

14/03/2022
0

KOTA KINABALU - Proses keluar dan masuk melalui pintu sempadan negara di Sabah dijangka tidak akan mengalami banyak masalah sekiranya...

PM Akan Umum Tarikh Buka Sempadan Minggu Depan

05/03/2022
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, minggu depan. Menteri Kesihatan,...

Next Post

Misi Pencarian MH370 Dimulakan Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd