• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPM Serah Memorandum Selamatkan Negara Kepada Agong

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membubarkan Parlimen bukan langkah terbaik untuk menangani kemelut politik negara pada masa kini, demikian pendapat ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohammed Hanif Omar. 

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu berkata, keputusan bagi mencari penyelesaian terbaik harus diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

“Secara amnya, tidak ada keperluan itu (bubar Parlimen) kerana banyak risikonya kepada ekonomi negara, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.

“Kuncinya sekarang semua orang perlu patuhi Perlembagaan Persekutuan. Agong mempunyai kuasa, jadi pihak lain tak perlu keluarkan kenyataan mendahului Agong,” katanya selepas mengetuai penyerahan memorandum bagi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran kepada Yang di-Pertuan Agong di luar perkarangan Pintu 3, Istana Negara pada kira-kira 10.15 pagi ini.

Mohammed Hanif mengetuai penyerahan memorandum itu bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kepada wakil Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kol (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Yang turut hadir, bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

Mohammed Hanif , bagaimanapun, enggan mendedahkan isi kandungan memorandum berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah menubuhkan satu gerakan pada 6 Disember tahun lepas sebagai usaha mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara. 

“Gerakan itu dinamakan sebagai Gerakan Mempertahankan Kedaulatan Perlembagaan selepas kita sedar terdapat percubaan untuk mengangkat anasir-anasir komunis dalam negara ini,” jelasnya.

Tags: Bubar ParlimenMPMYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd