PENGASAS kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai kerana berkelakuan di luar kotak manusia ‘normal’!
Tular di media sosial sejak beberapa hari lepas mengenai sebuah video menyaksikan usahawan itu berkongsi resepi dan cara menyediakan ayam percik. Ewah-ewah, pandai masak rupanya Aliff ini, patutlah Datin Shahida sayang!
Namun, bukan perkara itu yang menjadi perhatian dan atensi netizen sebaliknya lokasi yang digunakan oleh Aliff pada ketika itu. Eh, kenapa pula tu?

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit itu memaparkan usahawan itu sedang menyediakan makanan tersebut di dalam sebuah tandas di kediamannya. What? Biar betul? Euwww, gelinya!
Aliff yang mengenakan baju berwarna biru dilihat begitu teruja berkongsi cara penyediaan dan memasak resepi tersebut kepada umum.
“Gaul-gaul dia, mudah sangat. Okay bahan-bahan tadi dah pun kita gaul, kita masuk dalam kuali. Eeee wanginya, sedapnya ayam!” kata Aliff dengan nada teruja.
Lebih mengejutkan selepas selesai memasak, Aliff dilihat turut menjamah makanan berkenaan di dalam tandas tersebut dengan penuh berselera.
Rakaman yang tular itu menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa loya dan geli melihat cara penyediaan makanan berkenaan.
Ekoran terkesan dengan perkara itu, Aliff dilihat tidak berdiam diri sebaliknya tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap sikap segelintir netizen yang suka melemparkan tohmahan negatif terhadap dirinya.
Amacam? Ada selera tak lepas tengok video tadi? Kepada Datuk, kalau dah selalu sangat suka tampil dengan perangai pelik, memang patut pun kena kecam.
Dah nama public figure tu, setiap perlakuan itu adalah ‘bahan’ di mata umum. Jangan ‘lapar’ publisiti sangat ya. Ingat tu… – MYNEWSHUB.CC/AM