Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Sekolah Pondok, SMAR Dan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM80...

Bangga Tayang Perut, Tasha...

Kalau sebelum ini, ramai selebriti muda dikecam teruk oleh peminat dan pengguna laman...

PKR Dilanda Krisis Isu...

BELUM apa-apa dah bergaduh…. Krisis berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

Raja Muda Perlis Saran...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan setiap masjid...

‘Bobo Dimana’ Teruk Dikecam, Terima Tawaran Nyanyi Lagu Nasyid

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk kerohanian.

Aliff, 30, berkata ramai pengguna laman sosial memintanya bersetuju dan mengambil peluang tersebut.

“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

“Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Perbincangan Aliff dan isteri bersama Hafiz Hamidun memberi gambaran mereka bakal bekerjasama dalam lagu nasyid.

Lagu tersebut merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.


Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat naik rakaman menunjukkan Aliff mengadakan pertemuan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

“Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tanya Shahida. – mStar Online

Kategori