• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Salah Faham, Mereka Anak Kandung Saya”

oleh
06/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan tiga orang anak usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri seperti tiada kesudahan malah semakin menjadi kecoh.

Sebelum ini, anak-anak pasangan itu iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, menjadi bualan apabila Aliff menghantar mereka ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya dengan tujuan mengajar erti hidup susah dan berdikari.

Baca: Aliff Syukri Mahu Ajar Anak Hidup Susah

Kali ini, ketiga-tiga anak mereka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila ada pihak yang menyangka mereka adalah anak angkat kepada jutawan itu.

Menafikan perkara itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi entri tersebut, Nurshahida menjelaskan bahawa ketiga-tiga mereka adalah anak kandungnya. Menurut Nurshahida, dia melahirkan Ammar ketika berumur 23 tahun dan Qadejah sewaktu berusia 25 tahun.

Katanya lagi, anak bongsu mereka yang lebih mesra disapa Baem pula dilahirkan ketika Nurshahida berusia 27 tahun.

Ramai sangat dok dm saya tiga2 ni @qadejah @ammarahyan @baem_adham ni anak angkat juga ke?…siap tanya ambik dekat mana😅😅 . Mereka anak kandung saya la semua😅…kesian je x pasal2 kan….. Ammar Ahyan saya bersalin waktu umur 23 tahun,Qadejah ketika saya berumur 25 tahun dan Ibraheem ketika berumur 27 tahun…..jadi sekarang saya sedang hamil anak yg keempat…semua bersalin secara normal….. . Jadi jangan lah salah faham lagi ya…..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on May 2, 2018 at 10:35pm PDT

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 21,000 tanda suka itu dilihat telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman berkenaan.

Rata-rata komen ditinggalkan oleh para pengikutnya meminta isteri kepada jutawan kosmetik itu supaya bersabar dan tidak mengambil peduli tohmahan negatif yang dilemparkan.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen terutamanya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datin Nur ShahidahDatuk Seri Aliff Syukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Syukri Mahu Ajar Anak Hidup Susah

30/04/2018
0

MELIHAT kepada kehidupan ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak dapat dinafikan, pasti ada segelintir pihak yang berasa cemburu menyaksikan...

Paut Tangan Aliff, Rebecca Didakwa Tidak Hormat Suami

12/04/2018
0

BARU-BARU ini pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena berpindah ke rumah baru dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd