• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tetap Pertahan Baitulmuqaddis

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus mempertahankan kesucian Baitulmuqaddis walaupun Amerika Syarikat membuat ugutan terhadap negara-neagra yang menyokong draf resolusi mengenai Baitulmuqaddis di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga tidak khuatir sekiranya ada negara mengambil tindakan diplomatik terhadap Malaysia susulan pendiriannya menentang keputusan Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Pendirian kita cukup jelas bahawa kesucian kota Baitulmuqaddis harus dipertahankan, bukan kerana kita orang Islam atau negara ini mempunyai pemimpin Islam semata-mata.

“Negara-negara yang (majoriti penduduknya) menganut agama Kristian malah penganut agama Yahudi Ortodoks sendiri menolak pengumuman Trump untuk memindahkan ibu negara Israel ke Baitulmuqaddis,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan merasmikan kilang Datasonic Group Bhd. di sini, hari ini.

Pada Isnin, Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap deraf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa supaya pengisytiharan Trump itu ditarik balik.

Kecuali Amerika Syarikat, baki 14 anggota Majlis Keselamatan telah mengundi memihak kepada deraf itu yang disediakan oleh Mesir.

Amerika Syarikat dilapor mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan kepada negara yang menyokong resolusi itu yang mengkritik keputusannya berhubung Baitulmuqaddis.

Ditanya mengenai kesannya terhadap hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Malaysia susulan perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak menerima banyak bantuan daripada Amerika Syarikat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu Baitulmuqaddis merupakan isu spesifik dan perlu diasingkan daripada jaringan hubungan antara kedua-dua negara, yang meliputi kerjasama dalam bidang perdagangan, keselamatan dan pertahanan. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid

Waspada Sinaran UV, Jaga Diri dan Keluarga – TPM Zahid

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap keamatan sinaran...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd